Senarai Sultan Johor Sultan_Johor

Rencana utama: Senarai Sultan Johor

Wangsa Warisan Kesultanan Melaka

Wangsa ini berasal daripada keturunan Sultan Melaka yang pertama sehingga jatuhnya Melaka di tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah II melarikan diri ke Kampar bersama anaknya dan mangkat di sana. Anaknya Tun Mudzafar ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Mudzafar Shah manakala anaknya yang lain iaitu Raja Ali mengasaskan Kesultanan Melayu Johor yang dinisbahkan kepada keturunan Sultan Melaka. Baginda telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang ke-5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jamil Shah - Sultan Pahang ke-4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Baginda juga membina Kota Sayong (1535- 1540 M) sebelum berpindah ke Kota Batu (Johor Lama) pada tahun 1540 M.

Senarai Sultan Wangsa Warisan Kesultanan Melaka

  1. Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) - (1528 - 1564)
  2. Sultan Muzaffar Shah II - (1564 - 1579)
  3. Sultan Abdul Jalil Shah I - (1579 - 1580)
  4. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) - (1581 - 1597)
  5. Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) - (1597 - 1615)
  6. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) - (1615 - 1623)
  7. Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) - (1623 - 1677)
  8. Sultan Ibrahim Shah, Johor - (1677 - 1685)
  9. Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) - (1685 - 1699)


Wangsa Bendahara Johor

Wangsa ini berasal dari keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu anak kepada Tun Muhammad Ali bin Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus ialah keturunan daripada pedagang Arab yang berasal dari Hadramaut yang berkahwin dengan Tok Mengkudu binti Tun Jenal, cucunda kepada Tun Sri Lanang. Adik beradik kepada Tun Abdul Majid iaitu Tun Muhammad mempunyai seorang anakanda yang bernama Laksamana Tun Abdul Jamil yang merupakan bapa kepada isteri Sultan Ibrahim Shah - sultan Johor wangsa Sultan Melaka serta Tun Sayyid Jaafar yang melahirkan keturunan Temenggung Muar. Anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid iaitu Tun Abdul Jalil mengambil alih tampuk kekuasaan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II dikatakan mangkat tanpa meninggalkan waris. Sesuai dengan peranan bendahara iaitu bertanggungjawab bagi pewarisan diraja sekiranya sultan mangkat tanpa waris.

  1. Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) - (1699 - 1720)


Wangsa Warisan Kesultanan Melaka (keturunan)

Muncul seorang yang mengaku dirinya sebagai zuriat Sultan Mahmud Shah II iaitu Raja Kechil. Beliau bertindak mengambil takhta daripada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV lalu menjadi sultan Johor. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV pula diturunkan takhta dan masih dijadikan sebagai bendahara Johor. Namun, cubaan untuk mengambil semula takhta tetap ada namun melarikan diri ke Pahang bersama adindanya Tun Zainal Abidin - pengasas kesultanan Terengganu. Namun, Sultan Abdul Jalil Shah IV mangkat di Kuala Pahang - terletak beberapa kilometer dari Pekan, Pahang.

10. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) - (1718 - 1722)


Wangsa Bendahara Johor (keturunan)

Cubaan untuk menuntut takhta masih berlarutan sehingga sampai kepada anakanda Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, Tun Sulaiman yang akhirnya meminta bantuan kepada Bugis Lima Bersaudara. Tun Sulaiman dan pakatan Bugis itu berjaya menghalau Raja Kechil ke Siak. Tun Sulaiman akhirnya ditabalkan sebagai sultan Johor manakala salah seorang daripada Bugis Lima Bersaudara, Tun Merewah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Riau.

2. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah - (1722 - 1760)

3. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah - (1760 - 1761)

4. Sultan Ahmad Riayat Shah - (1761 - 1761)

5. Sultan Mahmud Shah III - (1761 - 1812)

6. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah - (1812 - 1819)

7. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) - (1819 - 1835)

8. Sultan Ali Iskandar Shah - (1835 - 1877)

Wangsa Temenggung

Wangsa ini berasal daripada keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid melalui cucundanya iaitu Bendahara Tun Abbas anakanda kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dan juga kakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Anakanda Tun Abbas iaitu Temenggung Tun Abdul Jamil berkahwin dengan puteri Daeng Perani iaitu Daeng Maimunah maka lahirlah Temenggung Daeng Abdul Hamid. Penggunaan gelaran 'daeng' tersebut diambil daripada ibunya. Mereka menggunakan gelaran tersebut untuk lebih berpengaruh. Mereka tidak memakai gelaran Tun yang diwarisi daripada keturunan bapanya sehingga kita menyangka mereka keturunan Bugis secara mutlak sebelah lelaki. Daripada ketunan inilah lahirnya sultan Johor dinasti Temenggung.

NamaGambarKeputeraanPerkahwinanKemangkatanPewaris Takhta
Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Abdul Rahman
10 Mac 1855 –
31 Januari 1862
(1810-12-08)8 Disember 1810
Pulau Bulang, Kepulauan Riau
anak lelaki kepada Temenggung Abdul Rahman dan Inche Yah
(1) Cik' Ngah
sebelum 1832
(2) Engku Long Muda
(3) Tengku Andak
sebelum 1841
7 orang putera dan 5 orang puteri
31 Januari 1862(1862-01-31) (umur 51)
Teluk Blangah, Singapura
Temenggung Sri Maharaja Wan Abu Bakar

Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.

Sultan Johor Moden (keturunan Wangsa Temenggung)

NamaGambarKeputeraanPerkahwinanKemangkatanPewaris Takhta
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Dato' Raja Temenggung Sri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
13 Februari 1886 –
4 Jun 1895
(1833-02-03)3 Februari 1833
Teluk Blangah, Singapura
anak lelaki kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Cik' Ngah
(1) Wan Chik binti Muhammad Tahir
Pahang
Jun 1858
(2) Zubaidah binti Abdullah
1870
(3) Fatimah binti Abdullah
Singapura
Disember 1885
(4) Khadijah Khanum
Istanbul, Turki
22 September 1893
1 orang putera dan 4 orang puteri
4 Jun 1895(1895-06-04) (umur 62)
South Kensington, London
Tunku Ibrahim Iskandar
Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
4 Jun 1895 –
8 Mei 1959
(1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura
anak lelaki kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Zubaidah binti Abdullah
(1) Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abd Majid
Istana Tyersall, Singapura
5 Oktober 1892
(2) Sultanah Rogayah
1897
(3) Che Puan Hasana binti Dato' Ja'afar
(4) Ungku Intan binti Ungku Ahmad
1926
(5) Helen Bartholomew Wilson
Woking, Surrey
15 Oktober 1930
(6) Marcella Mendi
London
6 November 1940
4 orang putera dan 1 orang puteri
8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House, London
Tunku Ismail
Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
8 Mei 1959 –
10 Mei 1981
(1894-10-28)28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar dan Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid
(1) Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Johor Bahru
30 Ogos 1920
(2) Sultanah Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad
13 November 1977
4 orang putera dan 3 orang puteri
10 Mei 1981(1981-05-10) (umur 86)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Tunku Mahmud Iskandar
Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
11 Mei 1981 –
22 Januari 2010
(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
(1) Josephine Ruby Trevorrow
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru
5 Januari 1956
(2) Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Kuala Lumpur
20 Ogos 1961
2 orang putera dan 8 orang puteri
22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
Tunku Ibrahim Ismail
Brigedier Jeneral Sultan Ibrahim Ismail ibni Brigedier Jeneral Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
23 Januari 2010 –
kini
(1958-11-22) 22 November 1958 (umur 61)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
anak lelaki kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan Josephine Ruby Trevorrow
Raja Zarith Sofiah
Kuala Kangsar, Perak
19 September 1982
5 orang putera dan 1 orang puteri
masih hidupTunku Ismail Idris